Privacy Policy
Polisi Privasi
Effective: 2 October 2026
This notice explains how DMINUS EMPIRE handles personal data through RotaChat, in line with Malaysia's Personal Data Protection Act 2010 (PDPA). As the PDPA requires, the same notice in Malay follows below.
1. Who we are
DMINUS EMPIRE (SSM registration 201803409129), 4970B Tingkat Atas, Kg Nibung, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu. Email: support@rotachat.my.
2. Two kinds of data, two roles
For your account data, we are the data user. For your customers' data — WhatsApp messages, phone numbers and names passing through the devices you connect — you are responsible, and we process it on your behalf solely to provide the service.
3. What we collect
- Account details: business name, name, email, phone number (if given) and password (stored hashed, never in plain text).
- Billing details: plan, payment records, and a reference to a saved card issued by CHIP. We never see or store your card number — it is entered directly on CHIP’s page.
- WhatsApp data: messages, contacts, names and media sent and received through your connected devices.
- Usage data: browser type and referring page when someone clicks your link (not the IP address), and IP addresses in security and API logs.
Account details are required to provide the service.
4. Purposes
To provide the service (including AI features you enable), process payments and send account notices, keep the service secure, and comply with the law. We do not sell your data or send marketing without consent.
5. Processors and where data goes
- DigitalOcean — hosting; all data is stored in Singapore.
- OpenAI — processes message content when AI features are used; United States.
- Resend — sends account and billing email; United States.
- CHIP (chip-in.asia) — payment processing; Malaysia.
- WhatsApp / Meta — messages pass through WhatsApp’s servers as usual.
Some of your data is therefore transferred outside Malaysia, to Singapore and the United States. By using the service you consent to that transfer.
6. Retention
API logs 30 days; message history up to 12 months; account details while your account is active and deleted on request after it closes; payment records for as long as the law, including tax law, requires.
7. Security, cookies and your rights
We use reasonable safeguards, including encryption in transit (HTTPS), hashed passwords and restricted access. We use only the cookies needed to keep you signed in — no advertising or third-party tracking cookies. You may request access to, correction of, or deletion of your personal data, or withdraw consent, by emailing support@rotachat.my; we respond within 21 days.
Polisi Privasi (Bahasa Melayu)
Notis ini menerangkan cara DMINUS EMPIRE mengendalikan data peribadi melalui RotaChat, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
1. Siapa kami
DMINUS EMPIRE (No. Pendaftaran SSM 201803409129)
4970B Tingkat Atas, Kg Nibung, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu
Emel: support@rotachat.my
2. Dua jenis data, dua peranan
- Data akaun anda — kami adalah pengguna data (data user) yang bertanggungjawab ke atasnya.
- Data pelanggan anda (mesej WhatsApp, nombor telefon dan nama yang melalui peranti yang anda sambungkan) — anda bertanggungjawab ke atas data ini, dan kami memprosesnya bagi pihak anda semata-mata untuk menyediakan perkhidmatan. Pelanggan anda yang ingin bertanya tentang data mereka perlu menghubungi perniagaan anda; kami akan membantu anda menjawab.
3. Data yang kami kumpul
- Maklumat akaun: nama perniagaan, nama, alamat emel, nombor telefon (jika diberi) dan kata laluan (disimpan dalam bentuk yang di-hash, bukan teks asal).
- Maklumat bil: pelan, rekod bayaran, dan rujukan kepada kad tersimpan yang dikeluarkan oleh CHIP. Kami tidak pernah melihat atau menyimpan nombor kad anda — ia dimasukkan terus di halaman CHIP.
- Data WhatsApp: mesej, kenalan, nama dan media yang dihantar dan diterima melalui peranti yang anda sambungkan.
- Data penggunaan: jenis pelayar dan laman rujukan apabila seseorang menekan pautan anda (bukan alamat IP), serta alamat IP dalam log keselamatan dan log API.
Maklumat akaun diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan. Tanpanya kami tidak dapat membuka akaun untuk anda.
4. Tujuan
- menyediakan dan menjalankan perkhidmatan, termasuk ciri AI yang anda aktifkan;
- memproses bayaran dan menghantar resit, peringatan dan notis berkaitan akaun;
- keselamatan, pencegahan penyalahgunaan dan menyelesaikan masalah teknikal;
- mematuhi undang-undang.
Kami tidak menjual data anda dan tidak menghantar emel pemasaran tanpa kebenaran anda.
5. Pihak yang memproses data bagi pihak kami
- DigitalOcean — pelayan tempat semua data disimpan, di Singapura.
- OpenAI — memproses kandungan mesej apabila ciri AI digunakan (balasan automatik, penandaan prospek, analisis perbualan, penjanaan kandungan), di Amerika Syarikat.
- Resend — menghantar emel akaun dan bil, di Amerika Syarikat.
- CHIP (chip-in.asia) — memproses bayaran, di Malaysia.
- WhatsApp / Meta — mesej melalui pelayan WhatsApp seperti biasa.
Ini bermakna sebahagian data anda dipindahkan ke luar Malaysia, iaitu ke Singapura dan Amerika Syarikat, untuk tujuan yang dinyatakan di atas. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda bersetuju dengan pemindahan tersebut.
6. Tempoh penyimpanan
- Log API: 30 hari.
- Sejarah mesej: sehingga 12 bulan.
- Maklumat akaun: selagi akaun anda aktif, dan dipadam apabila anda memintanya selepas akaun ditutup.
- Rekod bayaran: selama tempoh yang dikehendaki undang-undang, termasuk undang-undang cukai.
7. Keselamatan
Kami mengambil langkah yang munasabah untuk melindungi data, termasuk penyulitan semasa penghantaran (HTTPS), kata laluan yang di-hash dan akses terhad kepada sistem. Tiada sistem yang selamat sepenuhnya, dan kami akan memaklumkan anda jika berlaku insiden yang menjejaskan data anda.
8. Kuki
Kami hanya menggunakan kuki yang perlu untuk anda kekal log masuk. Tiada kuki pengiklanan atau penjejakan pihak ketiga.
9. Hak anda
Anda boleh meminta akses kepada data peribadi anda, membetulkannya, menarik balik persetujuan, atau meminta data dipadam, dengan menghantar emel kepada support@rotachat.my. Kami akan menjawab dalam tempoh 21 hari. Menarik balik persetujuan mungkin bermakna kami tidak lagi dapat menyediakan perkhidmatan.
10. Perubahan
Jika notis ini berubah dengan ketara, kami akan memaklumkan anda melalui emel.